kepada semua ahli smk seberang temerloh(semester)

blog di dibuat khas untuk semua ahli smk seberang temerloh(semester) dari tahun penubuhannya 1991-sekarang,...
harap kepada semua ahli smk seb temerloh dapat support blog ni.
korang juga boleh support dengan melayari

@
facebook search for ex-semester reunion

atau korang de ape2 gambar @ xtvt nk kongsi just comment kt blog ni atau mne2 addres kt atas 2 @ korang boleh antar je kt
exsemesterreunion@yahoo.com

kite juga ade chat box sendiri melalui xat

klik bawah untuk masuk ke chat box

Rabu, 28 Oktober 2009

ex-semester reunion



ex-semester reunion


untuk semua 
keluarga 


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
SEBERANG TEMERLOH
(SEMESTER)



DEFINISI KONSEP

CEMERLANG

memenuhi kualiti piawaian semasa setanding pencapaian sekolah terbaik

SEMUA BIDANG DAN PENDIDIKAN

kurikulum,kokurikulum,bina insan,disiplin,kecerian sukan dan permainan

MEMENUHI KEPERLIAN AGAMA,MASYARAKAT DAN NEGARA

melahirkan pelajar yang berilmu.berketrampilan ,berdisiplin tinggi,berakhlak mulia dan berpotensi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi,memenuhi keperluan sumber tenaga manusia

MISI DAN VISI

MISI

memastikan semua pelajar diberi tumpuan dan peluang belajar yang sama untuk meningkatkan potensi diri dalam semua aspek pendidikan

sentiasa mengamalkan budaya kerja yang berkualiti dan bersedia memikul tugas dan amanah untuk merealisasikan kecemerlangan sekolah

menyediakan prasarana dan persekitaran yang kondusif serta kemudahan sumber yang mencukupi dan terkini untuk meransang perkembangan yang menyeluruh

meneratkan hubungan silaturahim antara warga dan komuniti

VISI

menjadikan sebuah sekolah yang cemerlang dalam semua bidang pendidikan serta melahirkan pelajar yang berkualiti memenuhi kehendak agam,masyarakat dan negara

FALSAFAH SMK SEBERANG TEMERLOH

pendidikan di SMKST
adalah satu usaha berterusan
secara bersepadu
bertujuan melahirkan pelajar yang mempunyai
jalinan antara
ILMU,IMAN dan AMAL SOLEH
menuju ke arah kesejahteraan
DIRI,KELUARGA,MASYARAKAT dan NEGARA

PIAGAM SEKOLAH

Dalam usaha merealisasikan wawasa untuk menjadikan sekolah ini sebagai sebuak sekolah yang cemerlang,kami bertekad menyempurnakan hak2 pelanggan kami seperti berikut:


KEPADA PELAJAR

memberikan perkhidmatan penyayang dan layanan adil tanpa mengira latar belakang untuk memperkembang potensi diri melalui pendidikan seimbang dan bermutu.

KEPADA STAFF

menyediakan suasana kerja yang selesa dan memberangsangkan supaya mereka dapat melaksananakan tugas dengan penuh bertanggungjawab dan berkesan serta membuka peluang untuk perkembangan ilmu kearah peningkatan profesionalisme diri.

KEPADA IBUBAPA

memeberikan perkhidmatan yang cekap,cepat,tepat,bermutu dan mesra di samping peka kepada pandangan dan maklum balas yang diterima

SEJARAH SEKOLAH SMK SEBERANG TEMERLOH (sekolah sukan pahang) part 2

part 2..

Pada awal penubuhannya,SMK SEBERANG TEMERLOH mempunyai 11 orang kakitangan akedemik dan dan 5 orang kakitangan bukan akedemik.pada tahun 2002 pula SMKST mempunyai 58 kakitangan akedemik dan 20 orang kakitangan bukan akademik.

Sesi persekolahandua sesi di SMKST telah bermula pada disember 1993 /1994.namun,pada tahun 2004 sesi persekolahan hanya tinggal satu sesi.

SMK SEBERANG TEMERLOH mempunyai sebuah bilik guru yang selesa,23 buah kelas,sebuah bilik ketua bidang,pejabat,bilik ERT ,pusat sumber,makmal komputer dan makmal sains.SMK SEBERANG TEMEROH juga mempunyai kantin,bengkel kemahiran hidup dan surau yg menelan belanja RM80,000.00 dan taman-taman kecerian yg mengindahkan landskap sekolah ini.Pada tahun ini juga(2007) sekolah mempunyai sebuaj gelaggang terbuka bagi kegunaan semua pelajar.

Pada tahun pertama sekolah ini mempunyai seramai 186 orang yang mendaftar di tingkatan 1.jumlah ini meningkat pada tahun 2002 seramai 1027 pelajar dari tingkatan 1 hingga 5.pda tahun 2003 pula jumlah pelajar sebanyak 892 pelajar.manakala pada 2006 jumlahnya hanya 773 pelajar.

Mulai tahun 1997,sekolah ini telah diberi mandat untuk melaksanakan PROJEK SEKOLAH SUKAN PAHANG oleh JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG. seramai 40 orang pelajar telah dipilih dari seluruh negeri pahang dan ditempat di sekolah ini sebagai peraintis kepada projek tersebut.pada taun 2002 bilangan pelajar sekolah ialah seramai 130 mencakupi bidang olahraga,hoki,bola jaring dan bola baling.pencapaian mereka dalam bidang masing2 amat membanggakan.

Tahun 2004 merupakan tahun yang sangat cemerlang bagi sukan ho SEMESTER .tiga kejayaan besar telah dicapai oleh pasukan hoki sekolah ini di peringkat kebangsaan.pasukan hoki tunas cemerlang telah menjadi johan peringkat kebangsaan dalam kejohanan hoki bawah 15 tahun tunas cemerlang 2004 di kuantan.

Manakala pasukan hoki wanita bawah 118 tahun MSS PAHANG berjaya mempertahankan kejuaraan nutuk kali kedua berturut dalam kejohanan MSSM .seramai 7 orang pelajar sekolah ini telah mewakili MSSP .dalam sukan malaysia 2004 (sukma) di seremban,pasukan hoki wanita pahang menjadi johan dan seramai 4 pelajar telah mewakili pasukan tersebut.


sumber dari :semester edisi 14/2007


SEJARAH SEKOLAH SMK SEBERANG TEMERLOH (sekolah sukan pahang) part 1

*sebarang pemindaan sila lapor kepada pihak admin ex-semester reunion

sejarah sekolah smk seberang temerloh

SMK Seberang Temerloh (SEMESTER) dahulunya sinonim sebagai SM Seberang Temerloh (SMST) telah dibuka pada 2 DISEMBER 1991.

peneraju utama yang pernah berkhidmat di SEMESTER

ENCIK ABDUL AZIZ BIN MOHD YAMIN (PEMANGKU PENGETUA)
01 DISEMBER 1991-30 MAC 1993

ENCIK HAMZAH BIN HUSSIN(PENGETUA)
10 JUN 1993-15 JANUARI 1998

ENCIK MAT BAHARI BIN ABDUL GHANI(PEMANGKU PENGETUA)
16 JANUARI 1998-30 MAC 1998

TUAN HAJI HALIM BIN TAIB(PENGETUA)
01 APRIL 1998-15 MEI 1999

TUAN HAJI JEMAIL BIN ASARI(PENGETUA)
16 MEI 1999-31 MAC 2004

TUAN HAJI RAMLI BIN ABDUL HAMID,AMP.AMN.,(PENGETUA)
16 APRIL 2004-14 JUN 2007

TUAN HAJI RAHMAT BIN SAMI
01 JULAI 2007-SEKARANG


PART 1

lagu sekolah (smk seberang temerloh)

LAGU SEKOLAH

"Semester Cemerlang"

Kami pelajar semesta

Berdoa dan berusaha

Mencapai cita-cita

Demi agama dan bangsa

Berilmu,Beramal,Berbakti

Melalui sains dan teknologi

Syukur kepada ilahi

Sihat rohani dan jasmani

Kepada guru yang budiman

Terima kasih kami ucapkan

Mari kita sama jayakan

Wawasan falsafah pendidikan

Semester Cemerlang

Semester Gemilang

Semester Terbilang

Selamat berjuangan

*ulang rangkap 3 & 4

Terima Kasih Semester

PENASIHAT:Tn.hj ramli b. abdul hamid AMP.,AMN.,SENIKATA:zainor Rashid hj.abdullah PJK.,PKC.,PPN.,MUZIK:jefry bin Muhammad

Sumber:semester edisi 14/2007

(sebarang pemindaan sila laporkan kepada pihak admin ex-semester reunion)